"Jantung saya berdebar-debar sangat sampai nak gugur rasanya bila Timbalan Perdana Menteri panggil nama saya atas pentas secara spontan," kata selebriti yang fasih berbahasa Melayu loghat Terengganu yang lebih dikenali dengan nama 'Mat Dan'.
Itu reaksi pertama Mat Dan atau nama Islamnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah sejurus Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kelulusan permohonannya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia ketika merasmikan Ekspo Terengganu 2018 di sini pada Isnin.
"Saya memang terkejut dan malu sangat sebab semua orang dalam majlis tu tumpu pada saya. Walaupun saya memang terlibat dalam bidang penyiaran, tapi perasaan malu tu tetap ada... perasaan jadi lain macam.
"Memang saya pun tidak menyangka bahawa TPM sendiri yang akan umum perkara tersebut. Paling saya tak sangka beliau akan panggil naik atas pentas dan umum perkara tu... lepas salam tu saya terus lari sebab malu," katanya pada pemberita sejurus pengumuman berita gembira tersebut.
Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2009. Beliau mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya yang berasal dari Chendering, Terengganu Mac tahun lalu.
Jejaka yang berusia 28 tahun itu juga menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu kerana boleh menerima kehadirannya di negeri yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan budaya yang menarik.
"Saya rasa ia satu impian yang menjadi kenyataan..boleh duduk di sini dan kini harapan saya agar saya boleh membuat sesuatu yang positif untuk Terengganu.
"Saya mula memohon menjadi rakyat Malaysia selepas sahaja saya kahwin, saya tahu ia tidak mudah tapi bila berita gembira ini datang.. saya rasa macam nak cium tangan TPM.
"Buat masa sekarang saya sebagai duta Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu ingin menunjukkan apa yang terbaik tentang Terengganu dan amat berbangga dengan negeri ini.
"Di mana saja saya pergi, saya akan bercakap, bercerita dan InsyaAllah akan tetap tinggal di Terengganu," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam sidang media berkata kelulusan itu diberikan selepas mengkaji semua aspek yang diperlukan untuk menjadi seorang penduduk tetap negara ini.
"Setelah dikaji, didapati Mat Dan mengikut syarat-syarat yang ditentukan meliputi aspek keselamatan, dan sumbangan-sumbangan beliau bukan hanya pada Terengganu tetapi juga sumbangannya kepada Malaysia.
"Mat Dan juga layak diberikan taraf penduduk tetap kerana sumbangannya kepada Malaysia apabila secara aktif mempromosi produk-produk keluaran Terengganu yang secara tidak langsung menarik kemasukan pelancong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2018
Mat Dan diberi status penduduk tetap yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada perasmian Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, 26 Feb, 2018. --fotoBERNAMA
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
Jangan kaitkan pascasiswazah kardiotoraks UiTM sebagai isu perkauman
Isu program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks di Universiti Teknologi Mara, tidak seharusnya dipolemikkan sebagai satu isu politik yang melibatkan perkauman, tegas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, Kementerian ketika ini sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara berhubung isu melibatkan empat doktor berkenaan, khusus seorang doktor berbangsa Cina dan India, memandangkan ia melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perubatan 1971.
Beliau berkata, Kementerian ketika ini sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara berhubung isu melibatkan empat doktor berkenaan, khusus seorang doktor berbangsa Cina dan India, memandangkan ia melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perubatan 1971.
12 klien AADK lulus SPM
Sebanyak 12 daripada 14 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
Calon Yang DiPertua Dewan Negara telah disenarai pendek - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan senair pendek calon Yang DiPertua Dewan Negara telah dikenalpasti bagi menggantikan penyandangnya Senator Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia 10 Mei lalu.
PM mahu hubungan persekutuan dan Sarawak sentiasa baik
Perdana Menteri Datuk Sei Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat bersama kepimpinan tertinggi Sarawak yang antara lain menyentuh mengenai pembangunan di wilayah itu.
Chef Wan dituntut mohon maaf
Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamamman Devasthanam, Datuk Sivakumar menuntut Chef Wan untuk memohon maaf secara terbuka.
Entah apa akan jadi kalau saya tidak temui Malaysia, Islam - Mat Dan
Kisah Mat Dan yang tiba-tiba menjadi popular di Malaysia, mendapat perhatian BBC Radio yang menemuramahnya.
Ikrar yang sangat bermakna - Mat Dan
Teruja, tetapi Mat Dan mengakui sedikit gementar tatkala Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berada di hadapannya ketika beliau mengetuai upacara berkenaan.
'Ampunkan dosa, terimalah taubat kami Ya Allah' - Doa Mat Dan runtun jiwa netizen
Mohammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan selamat menjalani ibadah umrah bersama keluarganya.
Timang baby boy, tahniah Mat Dan!
Mat Dan menimang anak lelaki sulung pada 5 Mei lepas.
Rasa nak gugur jantung bila TPM panggil naik pentas - Mat Dan
Reaksi pertama Mat Dan sejurus Ahmad Zahid mengumumkan kelulusan permohonannya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia.
Mat Dan kini pemegang status Penduduk Tetap
Muhamed Kareef Daniel Abdullah atau lebih popular dengan panggilan Mat Dan menerima kejutan selepas Timbalan Perdana Menteri meluluskan permohonan statusnya sebagai Penduduk Tetap (PR).
Mat Dan, dari program travelog ke dunia lakonan
Anak kelahiran Bristol, England yang diberi nama Daniel Tyler sebelum memeluk agama Islam itu berkata penggambaran filem tersebut baru bermula minggu lepas.
'Mat Dan' tak sabar nak rasa rendang air tangan isteri tercinta
Ini kerana Mat Dan buat pertama kalinya tahun ini menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai seorang suami selepas melangsungkan perkahwinan 28 Mac lalu.
Hati Mat Dan dipikat gadis Melayu
Mat Dan dan pasangannya bernikah di sebelah petang, selepas bertunang pada sebelah pagi, Ahad 12 Mac.